• Pensyarah Tewas Ditipu Dato’ Di Limbang

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+
    gambar hiasan
    LIMBANG: Seorang pensyarah mengalami kerugian sebanyak RM100,000 apabila tertarik dengan janji dari seorang pengarah syariket bergelar Dato’ yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 18 hinga 20 peratus dari jumlah pelaburannya.

    Ketua Polis Daerah (KPD) Limbang, Supt Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa berasal dari Sabah tampil membuat laporan polis Jumaat lalu selepas merasakan dirinya ditipu dan tidak mendapat sebarang keuntungan seperti yang telah dijanjikan.

    “Mangsa yang mempercayai sepenuhnya tawaran Dato berkenaan telah dijanjikan pulangan wang 18 hingga 20 peratus pada setiap bulan selama 10 tahun dan ditawarkan pakej pelancongan ke luar negara.”katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pensyarah Tewas Ditipu Dato’ Di Limbang "