• Pengundi Sarawak Perlu Beri Sokongan Padu Kepada BN

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Pengundi di Sarawak perlu terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, mereka perlu berhati-hati dengan janji manis pembangkang.

    Menurutnya, BN diyakini akan terus memerintah negara selepas pilihan raya umum nanti.

    "Semasa Pilihan Raya 2013, DAP menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekarang sebaliknya berlaku apabila menyokong Dr Mahathir.

    "Ini membuktikan DAP sudah hilang kredibiliti," katanya.

    Beliau turut menggesa rakyat Sarawak untuk tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

    Tambahnya, sokongan tanpa berbelah bahagi perlu terus diberikan kepada BN bagi mengukuhkan wakil dalam kerajaan.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Pengundi Sarawak Perlu Beri Sokongan Padu Kepada BN "