• Pengumuman RM1 Juta Selamatkan Benteng Kampung Tambirat Bukan Gimik Politik

    Published: Saturday, 6 January 2018
    A- A+

    ASAJAYA: Pelaksanaan segera kerja kecemasan menyelamatkan Tebing Sungai Kampung Tambirat hari ini membuktikan peruntukan RM1 juta diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam bukan hanya gimik politik.

    Hari ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak melaksanakan projek tersebut sekaligus menunjukkan tindakan tegas dalam menyelesaikan masalah yang timbul ekoran kejadian jalan runtuh di kampung terbabit semalam.

    Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie mewakili Wan Junaidi yang meninjau kerja kecemasan tersebut turut mengumumkan Projek Induk Menyelamatkan Tebingan Kampung Tambirat bernilai RM5 juta.

    Projek induk tersebut akan mula ditender bulan depan dan pembinaan dijangka bermula April tahun ini.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang turut sama hadir meninjau kerja tersebut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pengumuman RM1 Juta Selamatkan Benteng Kampung Tambirat Bukan Gimik Politik "