• Pengarah Eksekutif Kanan Bergelar Datuk direman SPRM

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Pengarah Eksekutif Kanan sebuah syarikat pembinaan bergelar Datuk direman di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

    Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan tahanan itu direman selama enam hari bermula hari ini hingga 15 Januari depan bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

    Individu berusia 59 tahun tersebut tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya memakai baju lokap SPRM warna jingga kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

    Semalam SPRM menyerbu beberapa pejabat kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang bagi mengumpul siasatan berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut di negeri itu.

    Beliau ditahan pukul 8.45 malam tadi di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

    Projek pembinaan terowong dasar laut yang didakwa bernilai RM15 bilion itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan DAP Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri itu. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pengarah Eksekutif Kanan Bergelar Datuk direman SPRM "