• Pengangkutan Lumpuh Akibat Salji Tebal

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+
    TOKYO: Salji tebal dan kedinginan melampau di ibu negara Jepun menyebabkan puluhan penduduk cedera, penerbangan dibatalkan dan melumpuhkan perkhidmatan kereta api semalam.

    Ia susulan amaran agensi cuaca negara itu mengenai salji pertama yang turun di bandar raya berkenaan dalam masa empat tahun.

    Penduduk Tokyo bergelut pulang dengan mengharungi salji ketika cuaca paling buruk setakat ini, melanda bandar raya itu pada waktu puncak.

    "Sekurang-kurangnya 67 cedera dalam kemalangan berkaitan salji di Tokyo dan ia dijangka meningkat kerana panggilan kepada ambulans berterusan," kata jurucakap jabatan bomba.

    Lebih 330 penerbangan domestik dari dan ke lapangan terbang di Tokyo dibatalkan susulan cuaca buruk, manakala perkhidmatan kereta api juga digantung, lapor berita tempatan.

    Wilayah di utara Jepun kerap menerima salji tebal tetapi jarang berlaku di Tokyo.

    Agensi cuaca cuma mengeluarkan amaran salji tebal apabila bimbang ia mungkin menyebabkan kerosakan harta benda atau mengganggu lalu lintas. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pengangkutan Lumpuh Akibat Salji Tebal "