• Penganggur Berdepan Hukuman Gantung

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+
    foto ihsan PDRM
    KUCHING: Seorang lelaki bakal berdepan hukuman gantung selepas disyaki aktif mengedar dadah di sekitar bandaraya ini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Supt. Sahar Abd Latiff berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan pihak polis sekitar jam 7.30 malam Jumaat lalu apabila pihak polis menahan kereta Honda Civic yang dipandunya.

    Menurut Sahar, hasil pemeriksaan anggota bertugas, pihaknya menemui bungkusan yang berisi campuran serbuk jus buah-buahan dan serbuk Ecstacy dibawah pelapik kaki kereta tersebut.

    “Suspek mengakui dirinya mendapat bekalan dadah tersebut secara "bank in" dan kutip sebelum mengedarkannnya di pusat hiburan sekitar bandar ini.

    “Lanjutan daripada itu, sekitar jam 8.30 malam  hari yang sama suspek telah membawa pihak polis ke sebuah rumah sewa miliknya di Jalan Lapangan Terbang Baru dan dan hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan disaksikan suspek menjumpai sebuah kotak coklat dan menjumpai pelbagai jenis dadah seperti ganja. pil erimin 5. campuran jus buah-buahan dan serbuk ecstacy serta ketamin.”katanya.

    Tambah Sahar, suspek telah aktif menjalankan aktiviti tersebut sejak setahun lepas dan hasil daripada ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati ujian air kencing adalah negatif.

    Sehingga berita ini ditulis suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau masih ditahan untuk membantu siasatan dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

    Anggaran kasar nilai rampasan adalah sebanyak RM6390,wang tunai serta sebuah kereta Honda Civic bernilai RM 80k.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penganggur Berdepan Hukuman Gantung "