• Penduduk Sibu Kecewa Liputan Telekomunikasi Lemah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    SIBU: Penduduk Sibu melahirkan rasa kecewa ekoran liputan telekomunikasi di Jalan Salim-Stabau yang meliputi kawasan dari Nanga Salim hingga ke Jambatan Durin terletak di Jalan Salim-Stabau atau dikenali Jalan Kong Yit Khim lemah lemah walaupun kawasan tersebut hanya 15 minit perjalanannya dari pusat bandar.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bukit Assek Kaunselor Joseph Chieng berkata, masalah tersebut telah membelenggu penduduk di kawasan terbabit lebih sedekad yang lalu.

    Menurutnya, SUPP akan terus berusaha dan memandang serius bagi membantu mencari jalan  penyelesaian mengatasi permasalahan tersebut.

    “Kawasan ini mempunyai populasi penduduk agak ramai dan menempatkan banyak sekolah, rumah panjang, kampung, pusat industri perkapalan, industri berat dan sebagainya yang sangat memerlukan liputan telekomunikasi kerana telekomunikasi merupakan keperluan yang sangat berguna dan penting,”katanya.

    Sehubungan itu, Chieng mengetuai penduduk di Jalan Salim-Stabau mengadakan kunjungan ke pejabat Telekom Malaysia Sibu dan Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sibu bagi mencari jalan penyelesaian dan menyerahkan sepucuk petisyen yang ditandatanganin 200 penduduk  kepada SKMM Sibu..

    Dalam pada itu, satu salinan petisyen turut dihantar kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg agar penyelesaian segera dapat diambil kerajaan negeri.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk Sibu Kecewa Liputan Telekomunikasi Lemah "