• Pendidikan Rakyat Keutamaan Kerajaan BN

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Mungkin ramai yang tidak peka terhadap pelbagai bentuk intensif membantu rakyat dalam pelbagai bidang termasuk dalam pendidikan.

    Kerajaan begitu prihatin terhadap pendidikkan rakyat Malaysia dan mewujudkan pelbagai jenis insentif bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki simpanan kewangan untuk pendidikan anak-anak.

    Antara insentif kerajaan laksanakan ialah geran sepadan.

    Pemberian insentif khas Bajet 2018 ini untuk pembukaan akaun SSPN1M-i Plus dan penyimpan akan mendapat tambahan simpanan berjumlah RM500 secara percuma.

    Berdasarkan pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian insentif khas ini dalam bentuk geran sepadan sehingga RM500 yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN1M-i.

    Warganegara yang mempunyai anak berumur 7 hingga 12 tahun atau sedang belajar di sekolah rendah perlu membuka akaun SSPN1M-i Plus sekarang dan akan mendapat RM500 percuma. Ia terhad kepada 500,000 akaun terawal sahaja.

    Syarat-syarat Geran Sepadan RM500 ialah murid yang berumur 7 hingga 12 tahun atau sedang belajar di sekolah rendah pada tahun 2018.

    Ibu bapa, penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia dan insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

    Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam tahun 2018 (tidak termasuk sumbangan takaful bagi SSPN1M-i Plus).

    Seorang penerima manfaat hanya layak menerima sekali insentif geran sepadan RM500 sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM500.

    Insentif tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pendidikan Rakyat Keutamaan Kerajaan BN "