• Pendekatan Abang Johari Beri Kesan Positif Buat Rakyat Sarawak

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    Pendekatan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pentadbirannya sebagai Ketua Menteri Sarawak selama setahun kini memberi pendekatan baharu untuk rakyat di negeri itu.

    Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim pendekatan ekonomi digital yang dibawa adalah sebagai suatu langkah dalam memastikan Sarawak turut tidak ketinggalan dalam kemajuan yang semakin pesat.

    Tambah Rohani lagi pendakatan itu juga turut dilihat masih meneruskan perjuangan yang dahulunya dibawa oleh Tan Sri Adenan Satem yang juga dikenali sebagai Tok Nan.

    “Beliau memang meneruskan legasi arwah Tok Nan. Dia telah menonjolkan bahawa ada satu pendekatan bagi memastikan Sarawak tak ketinggalan. Khususnya dalam digital ekonomi.

    “Kami sangat bangga dengan pendekatan beliau. Apa yang nak dibuat dia pelopori guna digital termasuk ke kawasan luar bandar.

    “Sebab itu dia peruntukkan untuk memastikan kita ‘rich out’ semua kawasan, wifi dan sebagainya mesti dalam keadaan yang baik supaya apa yang dirancang dapat dicapai,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, Isnin.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas pelantikan Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam.

    Dalam tempoh setahun Abang Johari telah membuktikan kepada rakyat Sarawak dan pemimpin persekutuan bahawa beliau bukan pemimpin setahun jagung.

    Beliau juga telah menampilkan banyak perubahan bagi menjadikan dirinya sebagai pemimpin hari muka yang baru bagi rakyat negeri Sarawak yang mempunyai 2.6 juta penduduk.

    Beberapa perubahan yang dilakukannya dianggap sebagai ‘pencetus’ dalam pentadbiran beliau setakat ini.

    Dalam masa yang sama Rohani yang juga Ketua Cawangan Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut mengumumkan bahawa PBB kini sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan bakal menngadakan konvensyen pada 8 sehingga 12 Februari ini.-BNBBC
  • No Comment to " Pendekatan Abang Johari Beri Kesan Positif Buat Rakyat Sarawak "