• Pendakwaan Mohon Anak Lelaki Zia Dihukum Mati

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+

    DHAKA: Pendakwa raya Bangladesh hari ini menuntut hukuman mati ke atas anak lelaki ketua pembangkang, Khaleda Zia atas pembabitannya dalam serangan bom tangan pada 2004 yang mencederakan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

    Lebih 20 maut dalam serangan ke atas perhimpunan diketuai diketuai Hasina ketika beliau berada dalam barisan pembangkang dan Zia memegang tampuk pentadbiran.

    Anak lelaki Zia, Tarique Rahman yang hidup dalam buangan di London berkata, kes konspirasi jenayah itu sebahagian permainan kotor politik.

    Zia dan Hasina adalah seteru selama lebih tiga dekad, menyaksikan kedua-duanya bersilih ganti memegang teraju pentadbiran negara.

    Dalam perbicaraan hampir tamat itu, pendakwa raya memohon hukuman mati ke atas Rahman dan 48 lain, termasuk Menteri Dalam Negeri ketika itu dan ketua agensi perisikan pusat.

    Ketua pendakwa raya, Syed Rezaur Rahman berkata, perancangan melakukan serangan dibuat di pejabat Rahman, bertempat di ibu pejabat Parti Nasionalis Bangladesh.

    Menurut pendakwaan, bom tangan digunakan dalam serangan itu dibekalkan abang kepada seorang menteri kabinet Zia, yang lari ke Pakistan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pendakwaan Mohon Anak Lelaki Zia Dihukum Mati "