• Pemuda PDP Sedia Hadapi PRU14

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+
    Foto Utusan Borneo

    Pergerakan Pemuda Parti Demoraktik Progresif (PDP) kini telah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan bila-bila masa pada tahun ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Pemuda PDP Kaunselor Robert Ayu menyeru agar kesemua ahli parti bersatu menghadapi PRU14 kelak walaupun mempunyai perbezaan idea dan keinginan .

    Menurutnya, ahli parti juga perlu sentiasa berdiri teguh membantu calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan diraih pada PRU14 nanti.

    Tambahnya, PDP telahpun membahagikan seramai 30 ahli exco kepada empat kawasan Parlimen PDP iaitu di Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram.

    “Kami hanya menunggu arahan menggerakkan jentera peringkat akar umbi membantu calon BN dan mempunyai keyakinan PDP boleh memenangi keempat-empat kerusi diberikan kepada PDP,” katanya.

    Tambah beliau, pihaknya akan sentiasa terus menyokong dan berdiri teguh serta memberi kepercayaan penuh kepada presidennya Datuk Seri Tiong King Sing dalam usaha membawa PDP ke tahap lebih tinggi.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pemuda PDP Sedia Hadapi PRU14 "