• Pemuda PAN Kelantan Kecewa

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    KOTA BHARU: Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan kecewa kerana parti itu hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Ketuanya, Hazmi Hassan, berkata pengagihan kerusi itu tidak boleh dianggap sebagai satu berita yang memuaskan hati penyokong pakatan pembangkang khususnya PAN.

    "Kami agak kecewa dengan bilangan kerusi yang diumumkan itu dan tidak dinafikan ada ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

    "Bagaimanapun, kami kena menganggap itu adalah proses biasa dan hanya mampu letakkan senyuman bagi memastikan kemenangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Semalam, konvensyen pembangkang mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung membabitkan 165 kerusi iaitu 52 kerusi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR (51), DAP (35) dan PAN (27). - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda PAN Kelantan Kecewa "