• Pemuda BN Akan Tawar Lebih Baik Daripada Siaran Percuma EPL

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada anak muda berbanding hak penyiaran percuma Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mua’mar Gaddafi Jamaludin berkata, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Februari ini.

    “Kita mahu berikan tawaran yang jelas untuk pihak kerajaan laksanakan kepada anak muda. Saya sebenarnya sedang ternanti-nanti tawaran baru yang akan diberikan Pemuda BN yang mana dalam proses perbincangan.

    “Saya ada jumpa YB Khairy Jamaludin sendiri dan beliau panggil MBM (Majlis Belia Malaysia) untuk berbincang bersama memberikan input-input yang terbaik. Pemuda Pakatan Harapan tiada berbuat demikian pun,” ujarnya yang juga Pengerusi MBM hari ini.

    Menurut Mua’mar Gaddafi, tawaran PH yang mahu EPL diberi kepada RTM dan disiarkan secara percuma tidak menjamin kehidupan generasi muda bagi jangka masa panjang.

    Dalam masa sama beliau menyifatkan ia sebagai tawaran populis semata-mata yang pada akhirnya memberikan kesab negatif apabila melibatkan perbelanjaan yang besar.

    “Kita kena tengok tawaran itu populis atau tidak sebab siapa sahaja boleh bagi tawaran tapi kita kena lihat apa kesan terhadap tawaran yang diberikan. Berapa kos yang nak kena tanggung untuk RTM tayang EPL.

    “Kita tidak mahu memberikan harapan yang populis menjanjikan bulan dan bintang tetapi kita mahukan satu harapan yang benar-benar solid yang dimahukan anak muda merangkumi ekonomi, dan beberapa faktor lain yang memberi kesan kepada kehidupan anak muda bukan sekadar memberi kenyataan populis seperti memberi tayangan percuma EPL.

    “Ini semua pada saya tidak memberi kesan kepada hidup anak muda secara total. Kalau saya jadi anak muda saya akan menunggu harapan yang sebenar-benarnya memberi kesan kepada kehidupan,” katanya lagi.-theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda BN Akan Tawar Lebih Baik Daripada Siaran Percuma EPL "