• Pemimpin PBB Cawangan dan Ranting, Pejuang Utama Parti - Abdul Rahman

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 13 January 2018
    A- A+

    Pemimpin di peringkat ranting dan cawangan adalah barisan utama menjalankan tanggungjawab kepada PBB, khususnya PBB Pantai Damai.

    Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Elektrik) Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, sebagai pemimpin kita harus mempersiapkan diri kita dengan segala pengetahuan termasuk data-data kawasan, khususnya dalam menghadapi PRU14.

    "Pada PRU 13 yang lepas, kita mengadakan pelbagai program dimana membuat pendekatan agar semua berada didalam keadaan bersiap siaga PRU."

    Abdul Rahman, yang juga merupakan ADUN Pantai Damai berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Perhimpunan Pemimpin PBB Cawangan Pantai Damai di sebuah hotel di Bandaraya ini sebentar tadi.

    "Kita haruslah menyediakan diri dalam menghadapi PRU14 dimana kita berkongsi maklumat agar bila tiba PRU14 nanti, kita tahu apa tugasan masing-masing."

    Beliau mengingatkan, PBB Pantai Damai mempunyai 41 Ranting PBB yang dibahagi kepada tiga zon."

    "Kita juga harus mengkemaskinikan data data bilangan PBB kita," katanya sambil menambah, bilangan pengundi di DUN Pantai Damai setakat suku tahun 2017 adalah seramai 19,520 orang.

    DUN Pantai Damai mempunyai paling ramai pengundi dalam Parlimen Santubong (keseluruhan lebih kurang 45,000 pengundi) berbanding DUN Tanjung Dato dan Demak Laut, ujarnya lagi.

    "Pada tahun 2016, DUN Pantai Damai mempunyai paling ramai ahli PBB dan dalam usaha meraih ahli PBB baru, sayap Pemuda PBB akan mengadakan beberapa program bagi mencapai matlamat ini, terutamanya, menarik ahli baru yang mencecah 18 tahun."

    Abdul Rahman menyatakan, PBB Pantai Damai merancang untuk menambah sekurang-kurangnya 2,000 orang ahli baru dalam masa dua tahun agar kita boleh mencapai bilangan ahli sama dengan bilangan pengundi DUN Pantai Damai.

    Majlis tersebut dihadiri oleh 132 peserta yang terdiri pemimpin utama bagi ketiga-tiga sayap PBB Pantai Damai.

    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi PBB Pantai Damai Drahman Jeladin, Ketua Wanita PBB Pantai Damai Jamaiyah Sulaiman, Ketua Pemuda PBB Pantai Damai Sebeki Jen dan ahli-ahli jawatankuasa PBB Pantai Damai. - Sarawakiana

    #TeamAbgJo
  • No Comment to " Pemimpin PBB Cawangan dan Ranting, Pejuang Utama Parti - Abdul Rahman "