• Pembangunan Empangan Hidro Bergantung Kepada Permintaan Negara

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Sarawak memajukan pembangunan empangan hidro bergantung kepada permintaan negara pada masa hadapan.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, 14 tapak atau sungai berdaya maju dari segi ekonomi boleh menjana 8,000 MW elektrik jika dibangunkan.

    "Sarawak telah banyak melabur untuk tenaga boleh diperbaharui seperti empangan kuasa hido termasuk mengambil alih Empangan Hidroelektrik Bakun (2,400MW) daripada kerajaan persekutuan dengan kos RM8.1 bilion,"  katanya seperti dilaporkan.

    Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua memberitahu, penjanaan tenaga campuran Sarawak kini ialah 75peratus daripada kuasa hidro diperbaharui serta 25 peratus daripada sumber gas dan arang batu untuk mengekalkan kepelbagaian serta keselamatan bekalan. 

    "Dengan sumber air yang banyak serta tarif elektrik yang kompetitif, Sarawak dapat menarik pelaburan terutamanya dalam industri tenaga di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)," katanya.

    Tambahnya, dengan banyak sumber air ini, Sarawak turut berpotensi menjadi pengeluar bahan api hidrogen. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembangunan Empangan Hidro Bergantung Kepada Permintaan Negara "