• PembangkangTempatan Takkan Kemana, Jika Masih Mengharap Ihsan Parti Malaya

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+
    Pada asasnya, parti tempatan paling ideal menguasai politik Sarawak sekiranya mahu memperjuangkan hak-hak berkaitan Sarawak. Ia sesuatu yang realistik untuk difikirkan memandangkan hanya orang Sarawak sahaja memahami kehendak negeri ini.

    Kita boleh melihat bagaimana parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terdiri daripada parti politik yang di asas oleh anak sendiri. Walaupun berkongsi kuasa untuk membentuk kerajaan Persekutuan, namun diperingkat negeri hanya parti tempatan anak Sarawak yang memerintah negeri.

    Malah kelantangan Sarawak menuntuk hak semakin lantang dan pada masa sama keperihatinan kepimpinan persekutuan menyaksikan suara Sarawak didengari.

    Berbeza pula dengan parti pembangkang tempatan Sarawak seperti Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang masih belum yakin dengan kemampuan sendiri. Apa pun isu yang dibangkit mungkin dilihat secara mata kasar begitu lantang berjuang untuk Sarawak.

    Tetapi adakah ia benar-benar memperjuangkan Sarawak kerana dari kenyataan pemimpin PBDSB sendiri masih mengharapkan ihsan daripada Pakatan Harapan (PH) yang umum mengetahui PH merupakan gabungan parti yang berasal dari Malaya.

    Pendedahan politik PH pada hari ini bukan lagi satu rahsia kerana rakyat sudah mengetahui kepincangan yang terdapat dalam kepimpinan PH. Malah pemimpin PH tidak sependapat dalam membuat keputusan dan lebih memihak kepada agenda politik Malaya.

    Bagaimana PBDSB mahu mengharapkan PH sedangkan dasar pembuat keputusan terletak di tangan pemimpin PH Malaya. Sejauh mana suara PBDSB akan didengari ?

    Inilah jangkaan yang akan berlaku terhadap parti pembangkang tempatan Sarawak. Sudah pasti kepimpinan PH menidak suara Sarawak terlebih dahulu memandangkan faktor sejarah sebelum ini pemimpin PH tidak pernah pun sentuh tentang kehendak suara rakyat.

    Ironinya parti pembangkang tempatan seperti PBDSB tidak mampu bergerak sendiri sekadar mengharap belas ihsan dari PH, malah mereka sedang berusaha untuk memastikan gabungan parti dari Malaya yang terdiri dari DAP, PKR dan PAN untuk berkuasa di Sarawak. – Abdul Halin Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PembangkangTempatan Takkan Kemana, Jika Masih Mengharap Ihsan Parti Malaya "