• Pemandu Diburu Sebabkan Tiga Beranak Basah Kuyup

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    SEORANG pemandu diburu polis selepas memandu melalui di atas sebuah lopak berukuran enam meter di Cambridgeshire, England sehingga terpercik mengenai seorang wanita dan anaknya.

    Ketika kejadian, wanita berkenaan sedang menolak kereta sorong salah seorang anaknya dan ketiga-tiga mereka basah kuyup.

    Pihak polis meminta saksi dalam insiden yang berlaku di St Ives, Cambridgeshire pada kira-kira pukul 12 tengah hari 4 Januari lalu.

    Seorang jurucakap polis berkata: "Pada Khamis, 4 Januari lalu sekitar tengah hari, seorang ibu bersama dua anaknya, seorang di dalam kereta sorong dan seorang lagi berjalan bersama dekat persimpangan Pig Lane dan Greengarth di St Ives.

    "Terdapat lopak yang sangat besar akibat hujan dan longkang tersumbat.

    "Bagaimanapun, tidak hujan ketika itu dan lopak sebesar enam meter itu boleh dilihat pemandu.

    "Namun tak sangka seorang pemandu melalui lopak tersebut sehingga memercikkan tiga beranak itu," katanya.

    "Pemandu itu boleh saja melalui di tepi lopak atau memandu secara perlahan di atasnya supaya tidak menyebabkan air terpecik mengenai pejalan kaki," katanya.

    Mengikut seksyen tiga Akta Jalan Lalulintas 1988, adalah menyalahi undang-undang sekiranya memandu 'tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain', termasuk 'memandu melalui lopak yang menyebabkan terpercik mengenai pejalan kaki'.

    Kesalahan itu boleh menyebabkan hukuman denda maksimum £5,000 (RM26,919) sekiranya pemandu didapati tidak cekap, penting diri sendiri, tidak sabar dan bersikap agresif. - Mail Online/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pemandu Diburu Sebabkan Tiga Beranak Basah Kuyup "