• Pelajar Sekolah Terbaring Berlumuran Darah Kemalangan Dirompak Orang Awam

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    Seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki di Johor telah dirompak dalam keadaannya sedang nazak berikutan menjadi mangsa langgar lari beberapa ketika sebelumnya.

    Menurut laporan The Star, kejadian berlaku pada jam 2 petang Selasa (2 Jan) ketika mangsa sedang menunggang motosikal dan telah di langgar oleh sebuah van lalu tercampak.

    Saksi kejadian dikenali sebagai Harry Cyclone memuatnaik maklumat kejadian ke halaman Facebook 'JB TRACER: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report' berkata, pelajar tersebut cedera parah dan berlumuran darah.

    Ujarnya, ramai orang awam cuba untuk membantu dan secara tiba-tiba datang seorang lelaki berpura-pura ingin membantu mangsa yang kemudiannya merompak pelajar berkenaan dihadapan orang ramai.

    "Kemalangan dihadapan Danga City Mall berdekatan lampu isyarat. Budak lelaki ini dari SMK Aminudin Baki.

    "Kami semua sedang membantu budak ini dan datang seorang lelaki memeriksa telefon bimbit budak lelaki ini untuk menelefon ibu bapanya tetapi dia ambil telefon itu dan cabut lari. Apa jenis orang dia ni?" katanya yang turut memuatnaik gambar pelajar berkenaan.

    Kes masih disiasat pihak polis. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Sekolah Terbaring Berlumuran Darah Kemalangan Dirompak Orang Awam "