• Pelajar Positif Methampethamine

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    TUMPAT: Bukan saja ditahan atas kesalahan tiada lesen memandu dan tidak memakai topi keledar, hasil saringan terhadap remaja berusia 16 tahun, juga positif methampethamine.

    Pelajar lelaki itu ditahan dalam Op Didik oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di Jalan Kelaboran kira-kira jam 3 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata pelajar terbabit ditahan di lokap IPD dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    Katanya, seramai 102 diperiksa dalam operasi itu dan kebanyakannya pelajar sekolah.

    "Sebanyak 90 saman dikeluarkan membabitkan 89 untuk motosikal dan satu kereta," katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata, saman paling tinggi membabitkan tiada lesen memandu iaitu 52 kes, diikuti tidak memakai topi keledar (14); penunggang bawah umur (18); membenarkan menunggang tanpa lesen (6) dan tiada nombor plat serta cermin sisi masing-masing lima kes.

    Katanya, sebanyak 12 motosikal turut disita dan kes disiasat di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Positif Methampethamine "