• Pelacur, Pelanggan, 'Ibu Ayam' Semua Kena Angkut

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Seramai 13 warga asing termasuk enam daripadanya wanita berusia antara 21 hingga 48 tahun ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di sebuah hotel bajet di Jalan Jerai, Sungai Petani hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran.

    Penolong Pengarah Kanan JIM Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata, serbuan dilakukan pada jam 3.30 petang itu setelah menerima maklumat orang ramai yang mendakwa terdapat kegiatan pelacuran dilakukan di hotel bajet berkenaan dengan pelanggannya terdiri daripada warganegara asing yang bekerja di sekitar bandar Sungai Petani.

    "Dalam serbuan itu, empat warga Thailand serta dua warga Indonesia seorang yang menjadi 'ibu ayam' kepada pelacur berjaya ditahan. ketika serbuan mereka sedang beristirehat sambil menjamu selera.

    "Berdasarkan siasatan kita juga, pelacur ini akan dibayar antara RM50 hingga RM70 bagi perkhidmatan seks," katanya kepada Harian Metro.

    Katanya, selain mereka, lapan lelaki termasuk seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai pemilik premis terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

    "Empat lelaki warga Nepal dan tiga dari Bangladesh ini kita terpaksa tahan kerana dipercayai menjadi pelanggan kepada pelacur di hotel ini.

    "Kita percaya hotel bajet ini sering dijadikan sarang pelacuran oleh warga asing di kawasan ini terutama ketika cuti hujung minggu serta cuti umum," katanya.

    Mohd Shahrir berkata, pemeriksaan ke atas sembilan bilik di hotel berkenaan turut menjumpai pelbagai pil perancang keluarga dan kondom yang dipercayai digunakan oleh pelacur warga asing ini.

    "Malah, bagi memastikan kegiatan mereka tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa, kamera litar tertutup (CCTV) turut diletakkan di beberapa bahagian hotel berkenaan.

    "Kesemua yang ditahan juga didapati tidak mempunyai pasport kerana mendakwa disimpan oleh majikan mereka dan mereka dibawa ke pejabat JIM negeri Kedah di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

    Kesemua yang ditahan juga disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 manakala bagi suspek wanita warga Indonesia yang menjadi 'ibu ayam' itu pula akan disiasat turut mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana menjadi pelindung kepada pelacur di premis berkenaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pelacur, Pelanggan, 'Ibu Ayam' Semua Kena Angkut "