• Pelacur Kelas Atasan Beritahu Kerja Sebagai Seorang ‘Call Girl’ Tidak Berbeza Seperti Seorang Atlet

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    Pelacuran merupakan pekerjaan yang paling tertua di dalam dunia, namun masih terus mengalami stigma ke atasnya.

    Bagi Courtesan Cara, berumur 28 tahun, seorang escort di Singapura yang berharap dapat mengubah pandangan orang tentang pekerjaannya ini.

    Menurut beliau, pelacur ini saling tak berbeza dengan pekerjaan sebagai seorang atlet atau pekerja buruh.

    Di dalam sebuah temu bual dengan Yahoo Lifestyle Singapura, Cara berkongsi cerita beliau menjadi seorang pelacur. Beliau tidak ada masalah untuk mengatakan pekerjaan escort ini adalah pelacuran.

    “Saya melihat sesiapa yang melakukan seks demi duit adalah pelacur, namun masih ada orang yang cuba menyedapkan diri dengan mengatakan ianya benda lain,” tambah beliau.

    Apa yang dimaksudkan beliau apabila escort lain yang cuba mengatakan servis yang diberikan mereka itu adalah menjual masa yang digunakan dan berkhidmat sebagai peneman, dan ianya bukan hanya menjual badan sahaja.

    Beliau menambah:

    “Akhirnya, jangan tersilap, saya adalah seorang pelacur.”

    Cara telah berada selama 3 tahun di dalam industri dan telah mengiklankan servisnya di dalam laman sesawang.

    Beliau tidak nampak apa yang salah dengan mengunakan badannya untuk duit.

    Dalam aspek ini, beliau percaya yang escort ini sama seperti atlet dan pekerja buruh yang mengunakan badan mereka untuk diri.

    “Anda mengunakan badan anda di dalam cara yang intim, namum manusia luar melihat sebagai negatif,” kata beliau. Walau apa sekalipun, seseorang manusia ini tidak patut dilihat daripada apa pekerjaan yang mereka dilakukan dan dengan siapa dia tidur setiap hari… akhirnya kita semua hanyalah manusia biasa.

    Hanya disebabkan kita melakukan hubungan intim mengunakan badan kita, tak bermaksud kita manusia yang tidak berguna.”

    Pelacuran adalah tidak diharamkan di Singapura tetapi melacur di jalanan adalah tidak dibenarkan. Sebab itu escort kelas atasan seperti Cara tidak melacurkan dirinya di jalanan.

    Laman sesawangnya memaparkan gambar badan beliau. Apa yang cuba dia sediakan kepada pelanggan adalah “pengalaman intim bersama seorang kekasih”.

    Apa yang dia gambarkan diri di laman sesawang ialah:

    “Seorang perempuan yang sopan di luar tetapi nakal apabila berduaan. Orang melihat saya sebagai seorang yang nampak baik tetapi di dalam bilik, saya boleh jangan sangat-sangat nakal!”

    Harga servisnya adalah tidak murah, pelanggan harus membayar $600 untuk satu jam sehingga $2,800 selama 12-14 jam.

    Seperti escort-escort yang lain, beliau merahsiakan pekerjaannya.

    Beliau tidak memberitahu pekerjaannya pada orang luar. Hal ini kerana keluarga tidak akan faham dengan pekerjaannya.

    Cara mengaku:

    “Perkara yang saya paling risau ialah apabila keluarga mengetahui pekerjaan saya ini. Bagi saya, saya tidak malu dengan apa saya lakukan.. tetapi untuk keluarga saya, mereka pasti akan bersedih.“

    Escort merupakan pekerjaan sampingan beliau. Beliau memiliki degree dalam bidang perniagaan, dan mempunyai pekerjaan. Pada awalnya, beliau meletakkan iklan di Craigslist dan terperanjat dengan respon yang diterima. Daripada situ, beliau merasakan beliau boleh membuat duit tambahan.

    Beliau telah memilih untuk menjadikan pekerjaan escort sebagai bidang profesional selepas beberapa tahun kemudian. Beliau telah membuat laman sesawang dengan bantuan kawannya dari Amerika.

    Datang dari sebuah keluarga yang senang, menyebabkan duit bukan penyebab beliau ingin melakukan pekerjaan ini. Ianya adalah disebabkan kepuasan hati.

    Beliau berkongsi:

    “Saya tidak mendapat kepuasan daripada kerja biasa yang dilakukan. Malahan, klien (dari pekerjaan tetap) tidak menyukai saya, sebab setiap kali saya datang pada mereka dan memberitahu apa salah mereka.”

    Beliau juga mempunyai nasihat bagi sesiapa yang terfikir untuk menjadi escort. “Kita tidak boleh mengharapkan muka semata-mata, akhirnya kita akan tua juga nanti.” kata beliau.-taikotai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Pelacur Kelas Atasan Beritahu Kerja Sebagai Seorang ‘Call Girl’ Tidak Berbeza Seperti Seorang Atlet "