• Pecah Sekolah, Larikan TV

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Dua pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Kapar, Klang, berdepan detik cemas selepas diacukan parang di leher oleh empat penjenayah bertopeng, awal pagi hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, kedua-dua pengawal berusia awal 50-an itu turut diikat di tangga berhadapan pejabat pentadbiran sekolah.

    Sumber berkata, semua suspek yang bersenjatakan parang dan memakai sarung tangan hitam itu kemudiannya memecahkan pintu pejabat sekolah.

    Selepas itu, kedua-dua mangsa dibawa masuk ke dalam pejabat dan salah seorangnya dibelasah dengan menggunakan topi keledar.

    “Selepas menyelongkar, semua suspek melarikan diri dengan membawa sebuah televisyen dan dekoder kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

    Sumber memberitahu, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan tampil membuat laporan polis sejurus kejadian.

    Katanya, jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pecah Sekolah, Larikan TV "