• PDP Yakin BN Tidak Guna Calon Langsung Di Saratok

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yakin kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan calon langsung untuk kerusi Parlimen Saratok pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Tiong mendakwa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN bagi membincangkan calon yang akan bertanding untuk Saratok.

    "Saya telah bertemu dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi) dan beliau telah memutuskan tidak akan ada calon langsung BN untuk kerusi Saratok," katanya.

    Tiong berkata partinya akan memilih calon yang mampu bekerja keras dan berkhidmat untuk rakyat di lapangan.

    "Saya yakin calon kami akan mendapat persetujuan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri, "katanya. - Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PDP Yakin BN Tidak Guna Calon Langsung Di Saratok "