• PDP Sudah Ada Calon Di Saratok

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    Setiap kali tiba musim pilihan raya sudah pasti akan berlaku kontroversi bukan sahaja melibatkan pembahagian kerusi tetapi turut melibatkan calon yang ditampilkan.

    Kerusi Parlimen Saratok juga tidak terkecuali dipalit kontroversi kerana ketika ini diwakili Tan Sri William Mawan Ikom yang merupakan bekas Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) atau ketika itu Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menubuhkan pari baharu dikenali Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

    PDP menerusi timbalan presidennya Datuk Nelson Balang Rining menyatakan parti tersebut sudah mempunyai calon di Saratok.

    "Sudah tentu PDP sudah ada calon untuk Saratok, beberapa orang sudah mula turun padang tetapi kita hanya akan pilih yang terbaik dan boleh menang.

    "Saratok adalah kerusi PDP, selama ini ia milik PDP," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Selain Saratok, PDP turut diperuntukkan tiga lagi kerusi merangkumi Mas Gading, Bintulu dan Baram.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PDP Sudah Ada Calon Di Saratok "