• PDP Larang Bantu Calon Baharu Melobi, Terus Beri Sokongan Kepada Salang

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Pengerusi Parti Demokrat Progresif (PDP) Cawangan Meluan, Belayong Jampong memberitahu ahli PDP Meluan dan Pakan memberikan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Julai, Datuk Joseph Salang sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

    Menurutnya, Salang yang juga Setiausaha Agung PRS telah berkhidmat dengan baik sebagai Ahli Parlimen Julau dan wajar dikekalkan.

    "Kami akan meneruskan semangat disiplin dan kerjasama BN," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Dalam perkembangan berkaitan, Belayong turut memberitahu Ahli Majlis Tertinggi PDP melarang ahlinya membantu melobi calon baharu bagi kerusi Parlimen Julau.

    "Tindakan membantu melobi calon baharu tidak dibenarkan sama sekali," tegasnya. - Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PDP Larang Bantu Calon Baharu Melobi, Terus Beri Sokongan Kepada Salang "