• PBDSB Ingin Cuba Nasib Letak Calon Di Lanang

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mungkin akan mempertimbangkan untuk meletakkan calon di kerusi parlimen Lanang memandangkan kawasan berkenaan mempunyai pengundi Dayak yang cukup besar dakwa Naib Preseidennya Rapelson Richard Hamit .

    Memetik laporan The Borneo Post, Rapelson berkata, mereka mengambil kesempatan itu berikutan persengketaan di antara SUPP-UPP untuk merebut kerusi Lanang pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    "Ya, mungkin kami akan meletakkan calon dari kalangan belia, tetapi ia bergantung kepada keadaan sekarang. Persengketaan antara SUPP-UPP adalah peluang untuk kami membuka mata masyarakat Iban di kawasan berkenaan," katanya.

    Sementara itu, Rapelson berkata PBDSB kini menyasarkan 11 kerusi parlimen iaitu enam kerusi majoriti Iban iaitu Sri Aman, Lubok Antu, Selangau, Julau, Kanowit dan Kapit, tiga kerusi majoriti Bidayuh - Puncak Borneo, Serian dan Mas Gading, dan dua kerusi majoriti Orang Ulu - Limbang dan Hulu Rajang.

    Beliau turut menggesa Pakatan Harapan agar tidak mengganggu kerusi PBDSB dan menghormati mereka sebagai sebuah parti tempatan.

    "PBDSB telah memberi memberi peluang kepada PH untuk bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN),"

    Menurutnya, parti itu tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Saratok dan Bintulu, selepas bersetuju untuk 'membebaskan' kerusi tersebut kepada DAP dan PKR. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBDSB Ingin Cuba Nasib Letak Calon Di Lanang "