• PBDS Tidak Peka Perkembangan Semasa

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    Pengerusi Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John menerusi laporan dayaknewsportal mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak bisu mengenai data statistik tanah negeri merupakan kenyataan yang tidak peka dengan isu dalam negeri ini.

    Cobbold mempersoal keikhlasan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam menyelesaikan isu NCR. 

    Beliau mendakwa kerajaan BN Sarawak tidak mengeluarkan statistik status tanah negeri ini.

    Mengenai hal tersebut, persoalannya kini adakah PBDSB mahupun Cobbold John peka terhadap isu semasa dan memperolehi fakta sebenar berkaitan statistik status pemilikan tanah Sarawak ?

    Difahamkan, kerajaan BN pernah mengulas isu tersebut di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

    Untuk pengetahuan umum, Jabatan Tanah dan Servey Sarawak memang mengeluarkan data statistik berkenaan saban tahun. Malah orang ramai boleh merujuk dengan supritenden bahagian atau pengarah untuk keseluruhan Jabatan Tanah dan Servey negeri Sarawak.

    Ternyata dalam hal ini PBDSB tidak merujuk kepada fakta sebenar dan lansung tidak membantu rakyat untuk mendapat maklumat sebenar tentang perkara berkaitan atau ini kemungkinan hanya propaganda politik PBDSB untuk membantu Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU14 nanti. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PBDS Tidak Peka Perkembangan Semasa "