• PBB Tetap Jadi Pilihan Anak Muda - Abg Jo

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap menjadi pilihan rakyat dari pelbagai peringkat usia terutama anak-anak muda.

    Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, sehingga semalam, kira-kira 60 peratus ahli PBB terdiri daripada kalangan golongan belia.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, beliau yang berkata demikian ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Cawangan PBB Zon Dua di Dewan Suarah Kota Samarahan turut memberitahu ia adalah selari dengan hasrat meremajakan parti PBB.

    “Ini adalah hal yang begitu penting supaya hasrat kerajaan negeri membangunkan ekonomi digital dapat dicapai dengan jayanya.

    "Sekarang zaman telah berubah, sebab itulah kita juga perlu berubah dari segi pendekatan kita termasuk dalam parti kita sendiri agar PBB terus kekal hidup,"katanya.

    Mengulas lanjut,Abang Johari menegaskan agar setiap ahli PBB memperluaskan ilmu pengetahuan dalam era ekonomi berasaskan digital pada masa kini dan berubah dari segi pendekatan agar PBB relevan dan menjadi pilihan rakyat pelbagai peringkat usia di negeri ini.-Sarawakiana

  • No Comment to " PBB Tetap Jadi Pilihan Anak Muda - Abg Jo "