• PBB Punya Prinsip Tersendiri Dalam Pemilihan Jawatan

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai prinsip tersendiri menjadikannya sebuah parti yang kuat serta mampu bertahan hingga ke hari ini.

    "Jika presiden parti adalah daripada sayap Bumiputera, maka setiausaha agung adalah daripada sayap Pesaka.

    "Ia adalah jawatan Pesaka dan kami (Bumiputera) tidak boleh mengambil kuota pesaka.

    "Inilah prinsip parti yang dipegang selama ini yang menjadikan ia terus bertahan sehingga kini," kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

    Mengulas lanjut mengenai jawatan presiden, beliau memberitahu jawatan itu tidak akan dipertandingkan seperti yang termaktub di bawah Artikel 15 (7) perlembagaan parti.

    Memetik laporan Utusan Borneo Asfia berkata, individu yang dilantik menjadi Ketua Menteri di bawah Perlembagaan Negeri, ketua menteri secara automatik menjadi presiden parti (PBB) di bawah Artikel 15 (7).

    "Jawatan itu tidak boleh dipertandingkan dan tidak boleh dicabar.

    "Tidak seperti parti lain, PBB adalah unik," ujarnya.

    Tambahnya, jawatan dua timbalan presiden, ketua pemuda dan ketua wanita juga tidak akan dipertandingkan kerana ia merupakan jawatan lantikan. - Sarawakiana.

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Punya Prinsip Tersendiri Dalam Pemilihan Jawatan "