• PBB Bukit Sari Terus Berjuang Dengan Disiplin, Semangat Perpaduan Tinggi

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari akan terus berjuang berlandaskan disiplin dan semangat perpaduan tinggi dalam  parti tersebut.

    Pemangku Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia penting untuk memastikan perjuangan setiap ahli kekal relevan selari dengan peredaran masa.

    "Adalah penting bagi ahli parti untuk memahami keperluan rakyat dalam memberikan impak secara langsung kepada golongan yang memerlukan pembelaan.

    "Semua ahli PBB di Bukit Sari  perlu memikul amanah dan harapan tinggi rakyat dalam membela nasib rakyat untuk menjadi lebih baik," katanya seperti dilaporkan Utusan Sarawak.

    Beliau turut menyeru supaya ahli parti supaya sentiasa bergerak dan memandang jauh ke hadapan bagi memastikan perjuagan kekal relevan bagi memenuhi tuntutan generasi akan datang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Bukit Sari Terus Berjuang Dengan Disiplin, Semangat Perpaduan Tinggi "