• Pasukan petugas khas kekang berita palsu

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 30 January 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR 30 Jan. – Kerajaan diminta mewujudkan sebuah pasukan petugas khas di bawah seliaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini.

    Pensyarah Undang-undang di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Ridhuwan Rasol berkata, pasukan itu haruslah terdiri daripada pakar dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan perundangan.

    “Kita sudah mempunyai undang-undang dan penguatkuasaan yang cukup. Cuma, kini kita berdepan dengan masalah kekurangan pasukan petugas khas yang khusus untuk memantau isu penularan berita palsu ini.

    “Malaysia perlu mengikuti jejak langkah negara Republik Czech yang sudah mewujudkan pasukan petugas khas bagi membendung isu tersebut di negara mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk mengkaji penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini.-UTUSANONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pasukan petugas khas kekang berita palsu "