• Pasangan Sejenis Pertama Di Australia Berkahwin Secara Sah

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    CANBERRA: Australia pada Selasa menyaksikan berlangsungnya perkahwinan sejenis secara sah yang membabitkan pasangan atlet, selepas tempoh menunggu selama 30 hari berakhir, lapor agensi berita Xinhua.

    Pasangan sejenis membabitkan atlet Sukan Komanwel Australia, Craig Burns dan suaminya Luke Sullivan, juga seorang atlet berkahwin dalam satu majlis tengah malam tadi.

    Parlimen Australia telah menjalankan pengundian secara besar-besaran untuk mengesahkan perkahwinan sejenis pada bulan Disember, berikutan hasil tinjauan mendapati 61.6 peratus daripada 12.7 juta orang bersetuju perkahwinan itu dibenarkan.

    Bagaimanapun, pasangan sejenis yang ingin berkahwin perlu menunggu selama sebulan sebelum dibenarkan berkahwin kerana undang-undang Australia memerlukan 30 hari notis.

    Turut berkahwin pada hari sama, pasangan Ron van Houwelingen dengan Antony McManus yang telah bersama hampir 30 tahun dan sebelum ini pasangan itu telah melangsungkan 16 majlis perkahwinan tidak rasmi. -BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pasangan Sejenis Pertama Di Australia Berkahwin Secara Sah "