• Pasangan Ini Hanya Makan 3 Kali Seminggu

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    Pasangan suami isteri ini, Akahi Ricardo dan Camila Castello, mendakwa mereka mengamalkan kehidupan `bebas makanan’ dan hanya makan sayur serta buah-buahan beberapa kali sahaja dalam seminggu.

    Akahi, 36 dan isterinya, Camila, 34, yang menetap antara California dan Ecuador berkata, selepas mengamalkan diet berkenaan, mereka lupa bagaimana rasa lapar dan percaya manusia boleh bertahan dengan tenaga yang ada dalam diri dan dunia ini.

    Malah Camila,hanya makan makanan pejal lima kali sepanjang sembilan bulan mengandung. Mereka kini mempunyai dua orang anak.

    “Manusia boleh hidup tanpa makanan selagi mereka bersambung dengan tenaga dan melalui pernafasan.

    “Selama tiga tahun, saya dan Akahi tidak makan apa –apa dan kini kami hanya akan makanan jika berada dalam situasi majlis sosial atau merasa buah-buahan,’’ kata Camila yang memberitahu dia melahirkan anak-anak yang sihat.

    Pasangan itu mendakwa amalan gaya hidup bebas makanan ini telah memperbaiki kesihatan mereka dan wang yang selalu digunakan untuk membeli barang makanan boleh digunakan untuk kegunaan lain.

    “Kos sara hidup kami lebih rendah berbanding keluarga lain dan kami boleh menjimatkan wang dengan mengembara,’’ kata Akahi pula.

    Camila dan Akahi bertemu pada 2005 dan mereka berkahwin tiga tahun kemudian. Mereka mempraktikkan kehidupan berkenaan selepas bertemu dengan rakan-rakan mereka.

    Mereka menjadi vegetarian selama beberapa tahun sebelum bertukar kepada diet sayur-sayuran mentah dan kemudian hanya makan buah.

    Akhirnya pada Mac tahun lepas, mereka mempraktikkan amalan bebas makanan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pasangan Ini Hanya Makan 3 Kali Seminggu "