• Parlimen Sarikei Masih Dengan Isu Ahli Parlimen Tidur

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+
    Sepertimana Piliharaya Negeri yang lepas, isu pada Pilihanraya Umum ke 14 akan datang tetap akan membangkit isu yang sama iaitu ahli parlimen dari DAP yang mewakili Parlimen Sarikei tidak turun padang dan tidur.

    Hampir sepenggal DAP menguasai parlimen Sarikei, namun pembangunan jelas masih ketinggalan dan tidak terdapat projek pembangunan dari persekutuan yang boleh dibanggakan dilaksana di Sarikei.

    Ini menyebabkan Sarikei tidak mendapat pembangunan seperti kawasan parlimen lain di Sarawak.

    Atas faktor tersebut, pengundi merasai dengan memilih wakil rakyat dari DAP menyebabkan parlimen Sarikei tidak mendapat pembelaan daripada wakil rakyat yang telah dipilih sepenggal yang lalu.

    Pada masa sama, sejak DAP menang di parlimen berkenaan, rakyat mempersoal kredibiliti wakil rakyat dari DAP yang tidak pernah turun padang bertanya masalah rakyat.

    Sukar untuk melihat wakil rakyat muncul atau memijak kaki ke kawasan yang benar-benar perlu bantuan daripada seorang yang bergelar ahli parlimen.

    Namun perasaan rakyat sedikit terubat apabila ADUN dari Barisan Nasional kerap turun padang sejak menang PRN yang lalu. Sedikit sebanyak masalah rakyat dapat diselesaikan menerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Jelas sekali isu wakil rakyat tidur bangkit kembali pada PRU14 nanti. Rakyat sudah jemu dengan permainan licik ahli parlimen DAP.

    PRU14 nanti harus ada sesuatu tindakan yang sepatutnya daripada pengundi Parlimen Sarikei. Sama ada masih mahu ketinggalan dengan kepimpinan DAP atau berubah kepada menyokong calon Barisan Nasional di Parlimen Sarikei. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Sarikei Masih Dengan Isu Ahli Parlimen Tidur "