• PAN Sarawak Tanding 5 Kerusi Luar Bandar

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak mengumumkan akan bertanding di lima kerusi parlimen dan yakin akan memenangi dua kerusi terutamanya di kawasan luar bandar.

    Memetik laporan DayakDaily, PAN Sarawak dijangka akan bertanding di Sibuti, Kota Samarahan, Batang Sadong, Igan dan Tanjung Manis.

    Menurut Presidennya, Mhd Fizuan Zaidi, gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan telah memperuntukkan kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS kepada PAN.

    "Kami telah mengemukakan senarai calon berpotensi. Kebanyakan mereka adalah bekas calon PAS dan beberapa calon baru," kata Fizuan

    PH Sarawak telah mengumumkan bahawa PKR dan DAP akan bertanding di kerusi yang sama seperti Pilihanraya Umum (PRU13) lepas, sementara PAN akan bertanding di kerusi PAS.

    "Saya yakin Pakatan Harapan akan memenangi sekurang-kurang 10 kerusi di negeri ini," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PAN Sarawak Tanding 5 Kerusi Luar Bandar "