• Pan Borneo, Kontraktor Mampu Siapkan Ikut Jadual - Fadillah

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    KUCHING: "Saya memantau rapi projek ini dan saya tahu ada beberapa cabaran terutama berkaitan tanah tetapi saya percaya para kontraktor akan dapat menyiapkan mengikut jadual," kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Menurutnya, keseluruhan projek Pan Borneo mendahului jadual yang telah ditetapkan namun terdapat empat pakej kerja yang mengalami sedikit kelewatan.

    "Empat pakej kerja yang berhadapan dengan sedikit kelewatan ini ialah Jalan Nyabau ke Persimpangan Bakum, Bulatan Serian ke Persimpangan Pantu, Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik dan Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor.

    "Tujuh lagi pakej kerja yang lain masing-masing mendahului jadual," ujarnya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Fadillah turut memberi penekanan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna kertika kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. - Sarawakiana

  • No Comment to " Pan Borneo, Kontraktor Mampu Siapkan Ikut Jadual - Fadillah "