• Pakistan Panggil Duta AS Isu Tweet Trump

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    ISLAMABAD: Pakistan memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan ancaman memotong bantuan kerana mendakwa negara itu berbohong mengenai pengganas.

    Duta AS David Hale diarah pergi ke pejabat luar di ibu kota ini malam semalam, selepas Islamabad membalas dengan berang dakwaan Trump bahawa ia menyediakan syurga perlindungan kepada militan dalam pertelingkahan terbaharu berisiko menjejaskan hubungan pakatan.

    Jurucakap kedutaan AS mengesahkan, Hale bertemu pegawai Pakistan namun menambah pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan pertemuan itu. Pejabat luar Pakistan juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan.

    Pakistan membalas kecaman Trump itu, mengatakan ia sudah banyak membantu AS termasuk menghapuskan Al-Qaeda, namun hanya memperoleh cacian dan ketidakpercayaan sebagai balasan dalam ulasan berang daripada menteri luar dan pertahanan negara itu.

    Islamabad berulang kali menafikan tuduhan ia menutup sebelah mata terhadap aktiviti militan, mengecam AS kerana tidak mengendahkan ribuan yang maut di tanah airnya serta bilion dolar dibelanjakan memerangi pelampau.

    Selepas serangan pengganas 11 September 2001 di AS, Washington menjalankan pakatan strategik dengan Islamabad bagi membantu memerangi militan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pakistan Panggil Duta AS Isu Tweet Trump "