• Padah Rogol Kambing

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    ABUJA - Seorang pemuda dihalau dari kampungnya selepas ditangkap jiran kerana 'merogol' seekor kambing betina.

    Insiden jelik itu berlaku di sebuah perkampungan di Ugo, Nigeria, baru-baru ini.

    Saksi yang juga jiran kepada pemuda dikenali sebagai Shina Rambo itu memberitahu, dia terdengar suara pelik dari arah bilik lelaki berkenaan.

    Katanya, curiga dengan bunyi tersebut, dia dan beberapa rakan lain bertindak memecahkan pintu bilik Shina dan mendapati dia sedang 'beraksi' dengan kambing yang sedang bunting itu.

    Shina kemudian dibelasah dan diarak keliling kampung sambil diperhati penduduk yang ketawa dan mengejeknya sebelum diserahkan kepada polis.

    Akibat tindakan pemuda tersebut, ibu-bapanya terkena tempias dan turut diminta meninggalkan kampung terbabit.

    "Dia memang lelaki miang dan ini bukan kali pertama dia melakukannya.

    "Sebelum ini dia kantoi di Ogba dan Ibieguai serta dihalau dari komunitinya.

    "Ibu dan bapanya orang yang baik, tapi kelakuan anak mereka sangat memalukan.

    "Jadi mereka juga harus meninggalkan kampung ini," kata wakil kampung berkenaan. - The Sun

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Rogol Kambing "