• Padah Racun Anjing Untuk Dijual Daging

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    BEIJING: Seorang wanita diikat pada pagar dan dibelasah penduduk kampung yang berang selepas melihatnya membunuh anjing menggunakan anak panah beracun.

    Wanita terbabit didakwa merancang untuk melarikan bangkai anjing itu sebelum menjualnya ke restoran tetapi berjaya ditangkap penduduk kampung.

    Video menunjukkan seorang lelaki memukul wanita itu menggunakan batang kayu sepanjang satu meter.

    Wanita itu yang namanya tidak diketahui diikat pada pagar besi pintu masuk sebuah sekolah sambil dipukul seorang lelaki.

    Penduduk kampung kemudian memalukan wanita itu dengan meletakkan bangkai anjing berkenaan di atas bahunya.

    Video itu yang dimuat naik dalam Youku dipercayai dirakam di sebuah bandar di China, namun tidak diketahui bila ia berlaku.

    Damak atau anak panah beracun biasa digunakan di China untuk membunuh anjing dengan cepat, sekali gus membolehkan pencuri terus membawanya lari dan menjualnya di pasar atau restoran.

    Pengguna media sosial yang menonton rakaman itu mengulas cara memalukannya dengan merakam video tidak berkesan dalam membawa keadilan untuk menghukum pencuri anjing.

    “Kita kini hidup dalam masyarakat yang moden. Kita tidak boleh hanya memukul seseorang kerana membunuh anjing secara terbuka.

    “Memukul seseorang juga melanggar undang-undang, dia sepatutnya melaporkan perkara ini kepada polis,” tulis pengguna, ximenchuxue.

    Sementara itu seorang lagi, xinzhongyoumeng berkata: “Tidak bolehkah mereka selesaikan perkara ini dengan baik? Memukul seseorang tiada bezanya dengan membunuh anjing!”-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Racun Anjing Untuk Dijual Daging "