• Oprah Mungkin Bertanding Presiden

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    NEW YORK: Oprah Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump selepas timbul spekulasi pengacara program bual bicara bertaraf hartawan itu sedang mempertimbangkan cita-cita terbabit.

    Kurang sehari selepas memberi ucapan bersemangat di anugerah Golden Globes, wanita yang paling terkenal di Amerika Syarikat itu menerima banyak panggilan menggesa beliau bertanding untuk jawatan Presiden.

    Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump. Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.

    Dalam satu temu bual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.

    Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.

    "Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan," katanya di belakang pentas ketika acara anugerah Globes ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden.

    Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai 'rakan rapat' memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.

    Katanya, rakan lamanya mencadangkan beliau boleh dipujuk untuk berbuat demikian. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Oprah Mungkin Bertanding Presiden "