• Operasi SAR Mangsa Baham Buaya Belum Temui Petunjuk

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+
    Sungai Dit, dipercayai lokasi terakhir mangsa dilihat.
    DEBAK: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki hilang dipercayai dibaham buaya yang memasuki hari kedua hari ini masih belum menemui sebarang petunjuk.

    Dalam kejadian pada jam 5.30 petang Rabu lepas, mangsa Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, tiba-tiba telah diheret seekor buaya ke dalam sungai ketika memancing ditepi sungai Dit bersama saudaranya di Kampung Melayu Dit di sini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi SAR dimulakan dengan pembahagian kumpulan serta pecahan kawasan.

    “Operasi SAR hari ke dua diteruskan lagi dengan penambahan seramai 6 orang anggota di mana teknik pencarian yang digunakan adalah “water surface searching.

    “Radius pencarian hari ini adalah sekitar 3 km dari Kampung Buda ke Pekan Debak menyusuri sungai di mana lokasi tumpuan adalah di 8 alur sungai,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

    Operasi tersebut turut melibatkan anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. – Sarawakiana
  • No Comment to " Operasi SAR Mangsa Baham Buaya Belum Temui Petunjuk "