• Operasi Pencarian MH370 Disambung

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Operasi pencarian MH370 akan disambung semula pertengahan bulan ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Ia susulan pemeteraian perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, hari ini.

    Perjanjian itu ditanda tangani Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity Limited, Oliver Plunkett.

    Tiong Lai berkata, menerusi perjanjian itu, operasi pencarian MH370 akan dimulakan dalam masa 90 hari bermula pertengahan bulan ini.

    "Pencarian merangkumi keluasan 25,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian berkenaan.

    Katanya, perjanjian itu adalah berdasarkan terma 'No Cure, No Fee' (tiada penemuan, tiada bayaran). - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Operasi Pencarian MH370 Disambung "