• Olivia Lua, Pelakon Filem Lucah Kelima Meninggal Dunia Dalam Masa Tiga Bulan

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    Olivia Lua menjadi pelakon filem lucah kelima yang meninggal dunia dalam masa tiga bulan sejak November tahun lepas. Pelakon lucah berusia 23 tahun itu meninggal dunia di pusat pemulihan di Los Angeles.

    Lua yang menggunakan nama pentas Olivia Voltaire selama ini bergelut dengan ketagihan dadah. Dia memulakan karier dalam industri filem lucah sejak 2016.

    Sejak awal Oktober 2016, Lua mengalami masalah peribadi, sehingga terpaksa menjalani pemulihan. Dia berehat selama tiga bulan dan dijangka berlakon semula pada awal tahun ini.

    Minggu lepas dia memuatnaik dua mesej di akaun twitternya dengan kebanyakan komen adalah mengenai jumlah pelakon filem lucah yang meninggal dunia tahun lepas dan bagaimana sedihnya dia dengan keadaan itu.

    Empat pelakon filem lucah lain yang telah meninggal dunia dalam masa tiga bulan adalah Yuri Luv (31), August Ames (23), Shyla Stylzez (35) dan Olivia Nova (20).-suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Olivia Lua, Pelakon Filem Lucah Kelima Meninggal Dunia Dalam Masa Tiga Bulan "