• Nyaris Kena Potong Bedah Siasat

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    Madrid: Seorang banduan yang diisytiharkan mati mengejutkan pakar bedah siasat apabila tibat-tiba ‘hidup semula’ sejurus sebelum proses autopsi dimulakan.

    Pakar patologi yang sedang bersedia untuk memotong mayat banduan terbabit menjerit terkejut selepas mendengar lelaki itu berdehit selepas diletakkan atas meja pembedahan susulan dikeluarkan dari beg mayat.

    Dalam kejadian Ahad lalu itu, banduan terbabit dikenali sebagai Gonzalo Montoya Jimenez dilaporkan pengsan ketika waktu sarapan paginya selepas demam sehari sebelum itu.

    Selepas diisytiharkan mati, dia dimasukkan dalam beg mayat sebelum dibawa ke Institut Perubatan di Oviedo untuk bedah siasat malah keluarganya turut dimaklumkan mengenai kematiannya.

    Jurucakap Perkhidmatan Penjara Sepanyol mengesahkan kejadian itu.

    “Dua doktor penjara mengesahkan dia menunjukkan tanda klinikal kematian seterusnya polis, keluarga terdekat dan mahkamah dimaklumkan seperti ditetapkan prosedur.

    “Mahkamah menghantar pakar forensik yang sebenarnya mengesahkan kematiannya. Sehingga kini kami masih tidak jelas bagaimana kesilapan ini boleh berlaku memandangkan tiga doktor melihat tanda kematian klinikal,” katanya.

    Jimenez kini dirawat di unit rawatan rapi dan dilaporkan semakin pulih. Tidak didedahkan kesalahan dilakukannya atau tempoh hukuman dikenakan. - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Nyaris Kena Potong Bedah Siasat "