• Nuan Nuan Kini Ada Adik Di Malaysia

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    Pasangan giant panda di Zoo Negara iaitu Xing Xing dan Liang Liang melahirkan anak pada 14 Januari lepas.

    Kelahiran anak panda tersebut diumumkan secara rasmi oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Menurut Wan Junaidi, ia merupakan anak kedua giant panda yang dilahirkan di Zoo Negara selepas Nuan Nuan pada 18 Ogos 2015.

    "Kelahiran anak giant panda yang masih belum diberikan nama ini juga merupakan lambang hubungan diplomasi yang utuh antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China yang sudah sedia ada terjalin selama ini," katanya.

    Beliau berkata, pasangan giant panda dan anak yang baru dilahirkan tersebut berada dalam keadaan sihat tetapi masih dalam tempoh kuarantin dan tidak dibuka untuk lawatan pengunjung sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Nuan Nuan Kini Ada Adik Di Malaysia "