• Nomura Unjur Ekonomi Negara Berkembang 5.5 Peratus

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Nomura Holdings, Inc mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 5.5 peratus tahun ini, dipacu oleh prestasi eksport.

    Ahli Ekonomi Asia Tenggaranya, Brian Tan, pertumbuhan eksport yang kukuh dicatatkan pada tahun lalu dijangka berterusan ke tahun ini, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

    Beliau berkata, permintaan domestik juga dijangka terus kekal memacu pertumbuhan ekonomi negara.

    "Pertumbuhan eksport terus kukuh dan akan memberi limpahan kepada ekonomi domestik," katanya pada taklimat media menerusi telefon mengenai tinjauan ekonomi ekuiti Malaysia di sini, hari ini.

    Mengenai pergerakan harga minyak, Tan berkata, harga komoditi itu dijangka terus kukuh dengan berlegar pada paras purata AS$65 setong tahun ini.

    Mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Tan berkata, pihaknya melihat Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk menang pada pilihan raya itu.

    Beliau berkata, pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada BN untuk menang. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Nomura Unjur Ekonomi Negara Berkembang 5.5 Peratus "