• Nicol Mula Langkah Kanan Di Masters Arab Saudi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Masters Arab Saudi 2018 di Riyadh, Arab Saudi.

    Menurut laman web rasmi squashinsaudi.com, pemain pilihan kelima itu hanya mengambil masa 17 minit untuk menewaskan pemain Mesir, Mayar Hany 11-4, 11-3 dan 11-3.



    "Alangkah bagus jika bendera Malaysia berkibar pada acara berprestij di Arab Saudi dan mempunyai penyokong di sini. Mayar adalah antara pemain muda dari Mesir. 



    "Saya hanya tumpukan pada permainan dan menghalangnya daripada melakukan aksi terbaiknya. Ini adalah peristiwa penting bagi Arab Saudi dan sukan wanita secara umum," memetik katanya dalam laman web kejohanan itu. 



    Pemain berusia 35 tahun dari Pulau Pinang itu akan bertemu pilihan ke-10, Joshna Chinappa dari India pada pusingan kedua yang akan diadakan pada Rabu ini.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Nicol Mula Langkah Kanan Di Masters Arab Saudi "