• Niatnya Untuk Membeli Ais Krim Tetapi Wanita Ini Terkejut Melihat Kandungannya

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    Sebagai pelanggan yang ingin mendapatkan barang yang berkualiti, pasti anda akan memilih untuk membeli di kedai-kedai yang kita percaya. 

    Pasar raya pasti sering menjadi pilihan utama daripada berbelanja di kedai-kedai kecil. Walaupun harga barang boleh dikatakan lebih mahal, namun kualiti barang yang dijual pasti terjamin.

    Namun apa yang menarik dialami oleh keluarga Nikki Calaan yang benar-benar di luar dugaan. Ibu Nikki berniat untuk membeli sekotak ais krim dari pasar raya Walter Mart. 

    Beliau membeli sekotak ais krim dengan perisa coklat almond. Ais krim yang dibeli di kedai terkenal sudah pasti mempunyai kualiti yang bagus.

    Apabila sampai di rumah, mereka telah membuka kotak ais krim tersebut. Apa yang mengejutkan apabila ianya bukan berisi ais krim tetapi spaghetti beku, lengkap dengan kuah sos daging cincang.

    Kemudian, Nikki telah kembali ke pasar raya yang terletak di San Fernando Filipina dan membuat aduan. Dia juga mendapat ais krim baru sebagai ganti dengan perisa yang berbeza daripada yang dibeli.

    Nikki berasa hairan apabila pasar raya tempat beliau membeli aiskrim tersebut hanya menggantikan ais krim sahaja. Mereka tidak memberikan sebarang pampasan lain dalam bentuk ais krim percuma atau voucher dan sebagainya.

    Nikki juga membuat posting mengenai pengalamannya di akaun Facebooknya. Posting Nikki ini menjadi tular. Sehingga kini, posting beliau telah dikongsi sebanyak 18,000 kali.-taikotai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Niatnya Untuk Membeli Ais Krim Tetapi Wanita Ini Terkejut Melihat Kandungannya "