• Netizen Jepun Berang Video Mangsa Bunuh Diri Disiar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    TOKYO : Pengguna media sosial Jepun melahirkan kemarahan masing-masing susulan penyiaran video oleh bintang YouTube, Logan Paul, yang memaparkan mayat seorang mangsa kejadian bunuh diri.

    Ratusan komen berbaur kemarahan memenuhi media sosial Twitter selepas Paul yang sangat terkenal dalam kalangan pengguna media sosial memuat naik permohonan maaf atas penyiaran video berkenaan.

    Dalam video itu, Paul,23, menemui satu mayat di hutan Aokigahara atau turut dikenali sebagai 'Hutan Bunuh Diri Jepun', terletak di kaki Gunung Fuji.

    Mayat berkenaan adalah seorang lelaki yang menggantung dirinya beberapa hari sebelum itu, dipercayai akibat tekanan perasaan.

    Seorang pengguna Twitter, @j_rivoluzione berkata, adalah satu tindakan tidak masuk akal untuk Paul menyiarkan visual mayat individu yang membunuh diri akibat tekanan perasaan.

    Seorang pengguna dikenali sebagai @spiffymiffy1 pula berkata, tindakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak menjadikan bunuh diri sebagai penyelesaian masalah, boleh dilakukan tanpa memaparkan visual mayat individu terbabit.

    "Bunuh diri dan kemurungan adalah satu masalah amat serius. Tiada apa yang menggelikan hati dalam hal ini," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Netizen Jepun Berang Video Mangsa Bunuh Diri Disiar "