• Negara Tidak Akan Maju Tanpa Kestabilan Politik

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    NABAWAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak akan maju tanpa kestabilan politik.

    Justeru, kata Najib rakyat di negara ini tidak boleh leka atau ambil mudah terhadap kestabilan politik yang dikecapi selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga membolehkan negara mengecapi pelbagai pembangunan yang membanggakan.

    “Saya baru melawat sebuah negara. Negara itu mencapai kemerdekaan lebih awal daripada Malaysia. Tetapi kekayaan mereka cuma satu pertiga kekayaan Malaysia. Kenapa negara itu tidak sekaya dan semaju Malaysia? Sebab negara itu tidak ada kestabilan politik. Negara itu berdepan dengan perang saudara begitu lama.

    “Kalau kita mempunyai satu keadaan yang rakyat dalam negara kita bersengketa antara satu sama lain, ataupun kita tidak ada kestabilan politik maka negara ini tidak akan maju,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk Nabawan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, Pensiangan di sini hari ini.

    Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup serta beberapa anggota Kabinet negeri dan persekutuan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Negara Tidak Akan Maju Tanpa Kestabilan Politik "